fbpx

Peluang Nkunku buat debut Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKUNKU (kanan) sudah bersedia dari segi kecergasan, namun keputusan terletak pada Pochettino untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama. – FB CHELSEA

LONDON – Chelsea memperoleh suntikan moral apabila bintang baharunya, Christopher Nkunku dijangka turun melakukan debut menentang kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United di Stamford Bridge malam ini.

Sejak melengkapkan perpindahan bernilai £52 juta (RM310.2 juta) pada jendela perpindahan musim panas lalu, pemain berusia 26 itu masih belum lagi membuat sebarang penampilan selepas mengalami kecederaan lutut, beberapa hari sebelum saingan liga bermula.

“Kami masih lagi menilai kea­daannya hari demi hari. Saya tidak percaya dia mampu cergas lebih cepat berbanding jangkaan, tetapi yang pasti kami akan terus menilai perkembangannya.

“Langkah terakhir akan sentiasa menjadi perkara sukar. Nkunku dan beberapa pemain lagi semakin hampir untuk pulih, namun mungkin akan ada yang mengalami sedikit kelewatan.

“Kami tetap berharap mereka akan dapat bersama pasukan tidak lama lagi,” kata Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino

Biarpun Pochettino seakan tidak memberi harapan besar untuk Nkunku membuat penam­pilan pertamanya ber­sama pasukan itu, namun pemain dari Pe­rancis itu dilihat sudah berada pada tahap kecergasan terbaik ketika ini untuk perlawanan ­dengan The Blades.

The Blues ketika ini berada di tangga ke-12 EPL dan te­rus dipalit kekecewaan selepas me­ng­a­lami dua kekalahan berturut-turut apabila tunduk 1-2 kepada Manchester United dan tewas 0-2 di tangan Everton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI