PETALING JAYA – Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman telah bernikah dengan wanita pilihannya, Nikola Mulyadi.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Norashman di Instagram miliknya, pagi ini.
Menerusi hantaran sama, Norashman turut berkongsi gambarnya bersama Nikola lengkap berbusana putih di dalam sebuah kereta.
“Sealed the deal, Alhamdulillah! Here’s to a new chapter my dear (Memeterai perjanjian itu. Di sini ke lembaran baharu sayangku),” katanya pada kapsyen.
Bersama hantaran itu, disertakan juga tanda pagar #nikah #wedding #justgotmarried.
Perkongsian gembira Norashman berkenaan dihujani ucapan tahniah orang ramai dan kenalan termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes. – KOSMO! ONLINE