DIMINATI ramai dek wajah kacak, Meerqeen kini mendunia lagi apabila nyanyian spontannya menerusi sebuah video tular dalam TikTok.
Aktor berusia 22 tahun itu mendendangkan lagu Selasih Ku Sayang nyanyian asal Datuk Ahmad Jais dan Datin Rafeah Buang.
Ramai yang mengakui dia boleh menyanyi tetapi tidak menyangka mampu mengalunkan lagu irama Malaysia dengan baik.
Susulan daripada nyanyian tersebut, ruanghan komen terus dibanjiri pujian menggila dari daripada peminta, rata-ratanya wanita.
“Terbaik suara Meerqeen walaupun nyanyi secara bersahaja.
“Nampak macam suka main-main tapi sedap juga suara Meerqeen,” komen netizen menerusi ruangan komen.