fbpx

Kes bunuh Zayn Rayyan: Stoking dijumpai bukan milik mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

PETALING JAYA – Sehelai stoking yang dijumpai dalam air bertakung sekitar anak sungai berhampiran lokasi penemuan mayat kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, adalah bukan kepunyaan mangsa.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, perkara berkenaan dapat disahkan selepas laporan analisis dari makmal menunjukkan keputusan negatif.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan pada hari ke-10 kes terbabit, beliau memaklumkan proses mengesan bukti masih giat dijalankan khususnya di kawasan blok kediaman mangsa.

“Tiada perkembangan baharu dapat dikongsikan namun, kita masih meneruskan usaha pencarian sebarang bukti di tempat kejadian.

“Setakat ini, jumlah keseluruhan rakaman keterangan sudah mencecah 172 individu yang mana ia membabitkan ibu bapa, saksi, jiran dan penduduk sekitar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Pada 12 Disember lalu, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mayat mangsa.

Semalam Kosmo! melaporkan anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan di sekitar anak sungai Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, hari ini melibatkan dua saksi kanak-kanak lelaki yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan, 5 Disember lalu.

Difahamkan, siasatan diteruskan dengan sesi lakonan semula dua kanak-kanak yang berusia enam dan sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI