fbpx

Keluarga pensyarah mati dibunuh guna dumbel, serah polis siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Jabatan Forensik HSA. - Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO!

SHAH ALAM – Keluarga seorang pensyarah wanita yang dipercayai maut dibunuh suaminya dengan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak di sini, masih terkejut dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menjalankan siasatan.

Ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dia menerima khabar duka itu ketika bekerja di sekitar daerah ini, kira-kira pukul 8 pagi semalam.

“Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta hadir ke Hospital Shah Alam (HSA).

“Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh kes berkenaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSA, petang ini.

Tambahnya, mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

“Kami masih menunggu proses bedah siasat yang masih dijalankan setakat ini. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah petang ini,” ujarnya.

Mahkamah Majistret di sini pagi tadi membenarkan tempoh reman tujuh hari terhadap suspek berusia 38 tahun itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pensyarah kolej mati dibunuh suaminya sendiri menggunakan dumbel akibat cemburu, semalam.

Mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSA kira-kira pukul 5.33 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI