fbpx

Jojo mampu tumbangkan Rodtang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOJO memerlukan banyak lagi perlawanan sebelum benar-benar bersedia berdepan idolanya, Rodtang.

PRESIDEN Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Shahnaz Azmi yakin jaguh negara, Muhammad Johan ‘Jojo’ Ghazali Zulfikar bakal berdepan juara dunia Muay Thai Flyweight, Rodtang Jitmuangnon pada masa akan datang.

Tegas Shahnaz, jika pihak One Championship membuat keputusan untuk mengatur perlawanan bersama Rodtang dia yakin bahawa petarung negara berusia 17 tahun itu mampu menumbangkan idolanya itu.

Bagaimanapun, Shahnaz akui pertembungan tersebut tidak mustahil untuk dilakukan, tetapi dia yakin bahawa pihak penganjur One Championship akan mengatur perlawanan lain terlebih dahulu untuk Jojo selepas ini.

“Kita memang sangat bangga dengan pencapaian Jojo kerana tahun lalu dia baru bergelar juara remaja dunia tahun lepas. Apapun, tahun depan adalah permulaan bagi dia, dengan rekod 5-0 di One Championship dan sasaran utamanya adalah untuk memburu tali pinggang dengan gelaran dunia di One Championship selepas ini.

“Saya yakin, selepas ini Jojo akan berdepan lawan yang lebih kuat dan tidak mustahil mungkin dia berpeluang untuk berdepan Rodtang, tetapi terpulang kepada pihak penganjur One Championship untuk menentukannya.

“Kalau tanya saya, sebagai juara kita, saya yakin dia boleh kalahkan Rodtang, tetapi dia perlukan lebih banyak pengalaman lagi untuk berdepan idolanya itu terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui hari ini selepas Mesyuarat Majlis Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Kiara hari ini.

Tambah Shahnaz, jika Jojo terus menampilkan aksi agresif dengan terus mencatat kemenangan, tidak mustahil bahawa jaguh muay thai negara itu berpeluang mencabar mana-mana petarung selepas ini.

“Insya-Allah jika dia menang lagi selepas ini beliau memang ada peluang untuk mencabar mana-mana atlet dalam itu dan terpulang kepada One Championship sendiri untuk menentukannya.

“Tetapi objektif Jojo adalah untuk mendapatkan tali pinggang One Championship dahulu dan dia nak jadi juara dunia. Buat masa ini dia perlu fokus pada SPM sebelum meneruskan misi untuk menakluk kejayaan di pentas lebih tinggi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI