PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda tiga negeri, petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam sebuah kenyataan hari ini, ramalan cuaca tersebut sah sehingga pukul 4 petang.
“Hujan lebat diramai berlaku di Batang Padang dan Muallim, Perak serta di Raub, Pahang.
“Manakala di Sarawak, cuaca buruk diramal melanda Kuching, Samarahan, Sarikei (Meradong), Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu),” katanya.
Tambah MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di satu-satu kawasan. – KOSMO! ONLINE