fbpx

Athira cinta pertama saya – Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Hafidz Roshdi menamatkan zaman dudanya bersama wanita pilihan, Athira Yuhada semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Hafidz Roshdi mengakui bahawa isterinya yang baru sahaja dinikahi malam tadi, Athira Yuhada merupakan cinta pertamanya.

Hafidz, 29, atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mendedahkan dia mula berkenalan dengan Athira sejak berusia 15 tahun.

“Dia cinta pertama saya. Kami berkawan sejak usia 15 tahun dan pernah bercinta sebelum ini,” katanya.

Ditanya tentang keistimewaan isterinya itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu 2 itu berkata, Athira seorang wanita yang sanggup menerima segala kekurangan dirinya.

“Dia terima segala kekurangan dan terima saya seadanya.

“Insya-Allah saya akan jalankan tanggungjawab ini dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya lagi.

Pada majlis perkahwinan yang berlangsung malam tadi di sebuah lokasi di Shah Alam, Hafidz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300.

Hafidz sah begelar suami kepada Athira kira-kira pukul 8.15 malam dengan sekali lafaz dan dinikahkan oleh jurunikah yang berwakil walikan bapa Yuhada.

Pada majlis itu, Hafidz menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin perempuan.

Terdahulu, teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira akhirnya terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu dalam Instagram sebentar tadi.

Untuk rekod, Hafidz, 29, pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, dan mereka bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, Hafidz dan Nurul Shuhada dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI