fbpx

Acara Sukan SEA Thailand 2025 dan Kuala Lumpur 2027 perlu selari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORZA berharap agar acara pada Sukan SEA Thailand 2025 selari dengan acara seterusnya di Kuala Lumpur 2027.

KUALA LUMPUR – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) membawa misi besar menjelang mesyuarat Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Januari tahun depan di Bangkok, Thailand terutama mahu memastikan acara pada Sukan SEA Thailand 2025 selari dengan acara seterusnya di Kuala Lumpur 2027.

Presiden MOM, Tan Sri Muhammad Norza Zakaria berkata, jawatankuasa sukan MOM yang diketuai Datuk Mohd. Nazifuddin Najib akan mengkoordinasi acara sukan yang akan dicadangkan kepada SEAGF dalam usaha memastikan kesinambungan persediaan atlet negara terutama pada Sukan SEA 2027 tidak terjejas.

“Datuk Nazifuddin akan berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengkoordinasi acara sukan yang kita nak pertahankan supaya acara yang akan dipertandingkan di Sukan SEA Thailand agak sama dipertandingkan pada Sukan SEA 2027 ketika kita menjadi tuan rumah.

“Kita tak mahu acara sukan dipertandingkan di Thailand nanti terlalu banyak berbeza dengan 2027 nanti, supaya program yang kita laksanakan nanti konsisten dengan kata lain atlet pelapis yang kita perkenalkan di Thailand boleh tampil cemerlang ketika kita menjadi tuan rumah,” kata Norza, selepas Mesyuarat Eksekutif Ahli Majlis MOM ke-206 dan Mesyuarat Agong Tahunan ke-42, di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Dalam pada itu, Norza turut menjelaskan lokasi utama penganjuran temasya Sukan SEA 2027 masih belum diputuskan dan langkah awal ialah MOM perlu mendapat sokongan daripada kerajaan terlebih dahulu untuk menjadi hos temasya sukan dwitahunan tersebut.

“Apabila mereka (kerajaan) bersetuju maka kita akan menetapkan dan mewujudkan kerjasama bersama antara kerajaan dan MOM.

“Di situlah kita akan menyediakan secara terperinci di mana mahu buat sama ada Kuala Lumpur atau negeri lain. Selepas itu barulah kita memaklumkan kepada semua tentang perkara itu dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Norza turut menjelaskan kemungkinan sasaran warna pingat akan tetap digunakan pada temasya Sukan SEA Thailand 2025, kerana temasya terbabit bersifat pembangunan dan persahabatan. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN