fbpx

2 pemuda maut kemalangan dengan BMW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemuda maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta BMW di Jalan Sungai Lokan, Kepala Batas, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Dua pemuda maut selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan sebuah kereta BMW dalam kejadian di Jalan Sungai Lokan, Kepala Batas di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Fakhrul Rodzi Fauzi, 31, dan Muhammed Ahsan Mohamed Ayub, 32, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, kereta Perodua Myvi tersebut dalam perjalanan ke Sungai Lokan manakala BMW terbabit ke arah Kepala Batas.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.41 pagi tadi dan operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas.

Menurutnya, setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati benar terdapat kemalangan jalan raya berpunca daripada perlanggaran yang melibatkan dua buah kereta jenis BMW dan Perodua Myvi.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan dua mangsa yang menaiki kereta Perodua Myvi telah tersepit di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi terpelanting di tempat duduk penumpang belakang.

“Pemandu kereta BMW pula berjaya keluar dengan sendirinya sebelum pasukan bomba tiba di tempat kejadian.

“Dalam operasi tersebut, kita berjaya mengeluarkan dua mangsa yang menaiki Perodua Myvi itu dalam tempoh 30 minit dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala pemandu BMW tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu jurucakap itu lagi, mangsa yang maut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 4.04 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI