fbpx

Tunjuk ‘anu’ dalam MRT, lelaki didenda RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menunjukkan kemaluannya kepada penunmpang wanita dalam pengangkutan Transit Aliran Massa (MRT) Jumaat lalu.

Ngu Chee Liang, 31, didakwa mengaibkan kehormatan mangsa berusia 22 tahun itu ketika dalam perjalanan dari Stesen Kepong Baru ke Stesen Metro Prima, Kepong di sini pada pukul 6.46 petang, 5 Disember lalu.

Majistret Wong Chai Sia turut merintahkan tertuduh dipenjara selama sebulan sekiranya gagal membayar denda.

“Tindakan kamu mengundang ketakutan orang ramai kerana kesalahan dibuat di tempat awam,” kata majistret itu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Vivien Yeap Jie Xi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Sukdesh Francis Xavier merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan kerana perlu menanggung ibunya.

Pada Selasa lalu, akhbar melaporkan polis memberkas seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh kepada seorang wanita dalam MRT. Suspek mengaku sengaja menunjukkan kemaluannya ketika berada dalam gerabak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI