fbpx

Seekor lagi buaya tembaga gemparkan penduduk Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Lahad Datu sekali lagi digemparkan dengan penangkapan seekor buaya tembaga sepanjang 4.8 meter di Kampung Remang malam tadi. -Foto: Ihsan JHL-

LAHAD DATU – Penduduk daerah Lahad Datu sekali lagi digemparkan dengan penangkapan seekor buaya tembaga sepanjang 4.8 meter di Kampung Remang malam tadi.

Reptilia memiliki lebar sekitar satu meter itu ditemui di belakang rumah penduduk kampung berkenaan sebelum berjaya ditangkap dan ditembak pihak berkuasa.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Silvester Saimin berkata, sepasukan kakitangan JHL Lahad datu bergegas ke lokasi dimaklumkan susulan aduan orang awam berkaitan kehadiran buaya terbabit.

“Sebanyak lapan das tembakan telah dilepaskan pada pukul 10.37 malam. Semua tembakan itu mengenai buaya berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, bangkai buaya jantan itu dibawa ke perumahan JHL Lahad Datu untuk dilupuskan dan saiz buaya berkenaan hampir sama dengan saiz buaya yang ditembak mati di Kampung Desa Bajau Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI