fbpx

Ribut petir, hujan lebat di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di hampir seluruh negara sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya berkata, seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berdepan dengan cuaca buruk itu.

“Di Perak, antara kawasan yang terlibat adalah Kerian, Larut Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Muallim.

“Situasi sama turut diramalkan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepan) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing dan Kota Tinggi),” jelasnya.

Tambah MetMalaysia, hujan lebat dijangka di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Tawau dan Sandakan.

“Cuaca sama turut diramal di Sarawak (Kapit dan Bintulu),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI