fbpx

Kes PU Azman: Remaja beri keterangan secara tertutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PU Azman tiba ke pekarangan Mahkamah Sesyen kira-kira pukul 9 pagi. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Remaja lelaki yang merupakan saksi ke-11 kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberikan keterangan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Datin Surita Budin mengarahkan semua orang awam yang tidak mempunyai kaitan dengan kes itu keluar sebaik saksi berusia 18 tahun tersebut dipanggil untuk memberikan keterangannya.

Kali terakhir perbicaraan kes itu berlangsung pada 27 Julai lalu.

Terdahulu, PU Azman tiba di mahkamah pada pukul 9 pagi dan perbicaraan bermula sejam kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hadi Hakimi Harun, Zahida Zakaria dan Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Mohamad Zahid ketika ditemui berkata, saksi ke-11 itu merupakan pengadu kes pertama dan terdapat dua lagi saksi akan dipanggil iaitu pengadu kedua serta pegawai penyiasat.

“Setakat ini, kes di tiga buah mahkamah berjalan lancar,” katanya. Hakim menetapkan tarikh 22 hingga 26 April 2024 untuk prosiding seterusnya.

Pada 12 Oktober 2022, PU Azman atau nama sebenarnya, Azman Syah Alias, 42, didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan kes jenayah seksual yang didakwa dilakukan terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI