fbpx

Ramai menangis lihat kanak-kanak Palestin berkongsi makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETALING JAYA - Situasi seorang kanak-kanak menunggu gilirannya untuk mengambil makanan mengundang sebak orang ramai apabila makanan sudah habis bila tiba gilirannya.

PETALING JAYA – Situasi seorang kanak-kanak menunggu gilirannya untuk mengambil makanan mengundang sebak orang ramai apabila makanan sudah habis bila tiba gilirannya.

Menerusi perkongsian @duaa_tuaima di laman TikTok, kanak-kanak itu kelihatan menunggu gilirannya dengan wajah polos sambil memegang bekas makanan.

Yang lebih memilukan hati adalah seorang kanak-kanak lain yang melihat kejadian tersebut turut dengan rela hati berkongsi makanan dengan kanak-kanak malang itu.

“Makanan di Gaza tidak mencukupi dan penduduk di Gaza perlu berkongsi dengan apa yang mereka ada. Kanak-kanak pun perlu berkongsi dengan apa yang mereka ada walaupun mereka hanya ada sedikit.

“Luluh hati saya apabila usai saja kanak-kanak ini dapat makanan, dia berlari semula ke keluarganya untuk berkongsi dengan mereka pula,” kata sumber.

Keadaan menyayat hati itu telah dibanjiri dengan komen orang ramai menzahirkan rasa simpati yang tinggi.

“Salah satu lagi situasi yang menyayat hati adalah apabila kanak-kanak mula berkongsi makanan mereka dengan haiwan peliharaan mereka. Mereka tahu mereka tiada apa-apa untuk dimakan dan diminum tetapi mereka tetap murah hati untuk berkongsi dan memikirkan orang sekeliling. Mereka polos dan tidak berdaya,” tulis @Shaneellall.

“Orang Palestin telah menunjukkan sifat perikemanusiaan kepada dunia. Awak semua nampak tak bagaimana cara dia membuka kasutnya sebelum masuk ke dalam khemah?” kata seorang pengguna laman sosial.

“Saya harap saya dapat bantu kurangkan beban mereka,” kata Sheeno1911. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI