fbpx

Penduduk terpesona lihat ‘langit terbakar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar dirakam di Essex oleh penduduk tempatan. - Stephen Huntley/ HVC

LONDON – Penduduk Essex dan London terpesona melihat matahari terbit berona merah menyala pagi semalam, lapor portal berita MailOnline.

Gambar dirakam di Essex memaparkan situasi langit pada permulaan hari berwarna merah, manakala penduduk tempatan berkata, suasana kelihatan seperti langit sedang terbakar.

Fenomena itu berlaku selepas hujan lebat melanda seluruh Britain baru-baru ini yang menyaksikan 127 amaran banjir dikeluarkan. Namun, pemandangan di dua kawasan itu berbeza daripada ramalan kaji cuaca. 

Jurucakap Pejabat Meteorologi Britain memaklumkan bahawa fenomena langit merah boleh menjadi lebih ‘menyala’ apabila habuk dan zarah kecil terperangkap di atmosfera disebabkan tekanan tinggi.

“Lebih banyak cahaya biru tersebar dan hanya meninggalkan cahaya merah untuk mewarnai langit. Ini menjelaskan mengapa habuk Sahara atau api kebakaran menyebabkan matahari terbenam lebih berwarna merah,” katanya.

Bagaimanapun, fenomena langit merah menyala lebih berkemungkinan disebabkan awan tinggi yang bergerak dari barat, menandakan perubahan cuaca akan berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI