fbpx

Peluang akhir Young Tigers tebus duka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIS (kanan) bertekad menggegar gawang New Zealand pada aksi terakhir Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional hari ini. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KETUA jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Muhamad Amin Rahim menyeru anak-anak buahnya memanfaatkan aksi terakhir mereka dalam kempen Piala Dunia Hoki Remaja 2023 dengan meraih tempat ke-11.

Young Tigers perlu memberikan segala-galanya dengan menewaskan New Zealand dalam klasifikasi 11 dan 12 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini bagi mengubati kekecewaan sepanjang kempen kali ini.

Justeru, Amin mengharapkan prestasi sama daripada para pemain walaupun tewas 3-5 pe­nalti shoot-out kepada Belgium selepas terikat 2-2 pada klasifikasi sembilan hingga 12 kelmarin.

“Kita pernah bertemu New Zealand di Piala Sultan Johor (SOJC), jadi kita akan melihat semula video rakaman perlawanan mereka. Kita nak tahu sama ada New Zealand pamerkan corak permainan sama atau berbeza.

“Kita gagal capai sasaran ke suku akhir dan kedudukan ke­sembilan, jadi nombor 11 adalah yang terbaik mampu kita capai. Saya mahu pemain berikan sepenuh jiwa raga mereka dalam menentang New Zealand,” katanya.

Young Tigers pernah tewas 2-3 kepada New Zealand dalam aksi SOJC pada Oktober lalu dan kali terakhir skuad muda negara menang sewaktu edisi 2018 menerusi keputusan 6-3.

Penyerang skuad negara, Mohammad Harris Iskandar Osman bertekad menebus kekecewaannya menentang New Zealand hari ini kerana merasakan dia gagal memberikan aksi terbaiknya pada Piala Dunia Remaja 2023.

“Saya rasa belum tampilkan permainan terbaik kerana ba­nyak peluang terhidang gagal di­sudahkan dengan jaringan. Jadi saya mahu berikan yang terbaik dalam aksi terakhir ini,” kata penjaring terbanyak skuad negara dengan tiga gol itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI