fbpx

‘Nak ikut kena tambah duit, biarlah anak sahaja sertai graduasi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Anak pulang (ke rumah) teruja cerita hendak pergi, buat (diadakan) di dewan Putrajaya RM120. Ibu bapa nak ikut kena ‘top up’ (tambah) duit, tak apa saya bagi anak sahaja pergi.”

Itu antara keluhan ibu bapa yang tidak berkemampuan untuk turut serta dalam majlis graduasi anak yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Luahan Fazilah Abdullah itu dibuat di ruangan komen menerusi hantaran Cikgu Mohd. Fadli Salleh di akaun Facebooknya.

Terdahulu, Cikgu Fadli berkongsi tangkap layar Kosmo! Online mengenai kesukaran ibu bapa yang terpaksa mencari wang susulan trend menganjurkan majlis graduasi anak di hotel.

Beliau berkata, perkara itu tidak menjadi isu besar sekiranya mendapat persetujuan semua ibu bapa dan paling penting kesemua murid turut dilibatkan dalam majlis tersebut.

“Kecoh sehari dua ni isu jamuan akhir buat kat hotel. Benda ni mudah je, kalau semua majoriti ibu bapa setuju, buat pi lah. Yang penting, tanya pandangan ibu bapa dulu.

“Jika ada segelintir kecil ibu bapa tak mampu, yang majoriti ada kemampuan lebih itu tolong bayarkan. Nak lagi mudah, buat kat sekolah,” katanya.

Dalam masa sama, ada juga segelintir ibu bapa berkongsi luahan masing-masing.

“Sekolah anak saya dari hotel tukar buat di dewan luar, (caj) RM165. Mak ayah kalau nak datang bayar RM50, jumlah RM250. Saya cakap kat anak tidak apa mama papa tidak datang, biar dia je enjoy. Bukan tak mampu tapi rasa tak perlu,” kongsi Nina Azahari.

“Buat kat sekolah sajalah. Ibu bapa yang tak mampu pun segan nak terima, rasa menyusahkan orang. Akhirnya tak pergi, kasihan,” ujar Siti Hajar.

Terdahulu Kosmo! melaporkan trend me­nganjurkan majlis graduasi atau majlis akhir tahun sekolah di hotel-hotel dengan bayaran mencecah ratusan ringgit membuatkan ramai ibu bapa mengeluh kerana membebankan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI