fbpx

MK, Iman Troye bantu calon SPM dapat banyak A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MK dan Iman Troye merupakan duta merangkap ikon pusat peningkatan akademik dan pakar bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI.

DUTA merangkap ikon pusat peningkatan akademik dan pakar bagi membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi Iman Troye serta MK K-Clique menekankan kepentingan pendidikan demi masa depan.

Iman, 21, atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas mudah selain perlu ikhlas menggalas menunaikan amanah.

Duta tugas berat

“Menjadi duta adalah tugas berat, sebab apabila mengikuti siri jelajah bukan hanya membawa nama saya tapi saya akan ditanya pelajar berkenaan banyak perkara.

“Pada masa sama, saya turut meluangkan masa dengan mereka, lihat cikgu mengajar selain mengikuti teknik digunakan.

Dari situ, saya akan tanya semula serta menyediakan kuiz kepada pelajar dengan menawarkan hadiah yang saya disediakan sendiri. Begitupun, semua ini menyeronokkan,” katanya ketika ditemui pada program PTTI Pecutan Akhir SPM kerjasama ntv7 bersama pusat peningkatan akademik dan pakar (PTTI), baru-baru ini.

Bagi MK atau nama lengkapnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, pula, dia berbangga dapat menjadi sebahagian daripada usaha PTTI bersama guru berpengalaman untuk berkongsi ilmu serta pengalaman.

“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat PTTI dan semua cikgu menunjukkan hasil apabila nampak peningkatan dari segi keputusan SPM.

“Pelajaran penting, macam saya dulu habiskan pelajaran baru terjun ke dunia nyanyian dengan menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) seterusnya fokus kepada muzik.

“Keluarga letak harapan pada kita jadi nasihat saya buat semua adik-adik, pelajaran itu sangat penting dan kalau dapat ulang masa, saya mahu belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B ketika SPM.

Pecutan akhir SPM interaktif

Bersempena SPM, Media Prima Berhad (MPB) menerusi ntv7 dengan PTTI menerbitkan program PTTI Pecutan Akhir SPM sebagai persediaan akhir calon.

PTTI yang terbukti berkesan dalam merubah paradigma pembelajaran tradisional kepada pengalaman digital lebih interaktif dan efektif, memperkenalkan program komprehensif sebanyak 16 episod, yang boleh ditonton calon SPM menerusi saluran ntv7, mulai 9 Disember 2023.

BARISAN guru berpengalaman mengendalikan sesi pembelajaran langsung menerusi ntv7 demi mempelbagaikan program pendidikan dan kandungan didik hibur di televisyen. – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

Calon SPM 2023 boleh mengikuti pembelajaran dan teknik menjawab soalan peperiksaan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia daripada barisan tenaga pengajar PTTI berpengalaman.

Ketua Pegawai Eksekutif ntv7, Seelan Paul, berkata, pihaknya terbuka dengan kolaborasi bersama PTTI demi mempelbagaikan program pendidikan dan kandungan didik hibur di ntv7.

“Sebenarnya, kami ada kempen pecutan akhir untuk SPM 2023 pada Disember sehingga Januari ini. Kebetulan, sama dengan kempen PTTI. Kita juga ada beberapa fasa untuk kempen kita.

“Antaranya adalah tuisyen secara langsung di TV. Jadi, kami ketengahkan perkara ini kepada PTTI. Mereka agak teruja, justeru, terhasillah program 16 episod yang disiarkan secara langsung ini.

“Dalam tempoh tiga tahun, ini adalah kerjasama pertama bersama pusat tuisyen, kami berharap penonton ntv7 terutama calon SPM 2023 mendapat manfaat program ini yang memperkenalkan cara pembelajaran mudah, ringkas dan menyeronokkan,” katanya.

PTTI Pecutan Akhir SPM bersiaran sebanyak 16 episod secara langsung menerusi ntv7 bermula 9 Disember, setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 10 hingga 11 pagi.

Pengisiannya merangkumi pembelajaran dan teknik menjawab soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI