fbpx

Liverpool simpan kuku punca kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG Liverpool, Cody Gakpo gagal membantu pasukannya apabila tewas 1-2 kepada Saint-Gilloise awal pagi tadi. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak menilai barisan mudanya yang turun beraksi dalam kekalahan mengejut 1-2 kepada Union Saint-Gilloise pada aksi terakhir Liga Europa di Stadium Constant Vanden Stock awal pagi tadi.

Bagaimanapun, kekalahan itu langsung tidak menjejaskan peluang The Reds apabila kekal menerajui tangga teratas Kumpulan E dan layak automatik ke pusingan 16 terbaik.

“Saya melakukan banyak perubahan, jadi saya tidak akan menilai mereka dengan mengatakan ‘anda tidak cukup bagus untuk bermain bersama pasukan ini’.

“Saya tahu mereka mempunyai potensi kerana saya sendiri melihat mereka berlatih setiap hari. Mungkin bagi sesetengah pemain ini adalah pengalaman pertama mereka di pentas besar seperti ini,” kata Klopp.

Difahamkan, Klopp membuat keputusan menurunkan majoriti pemain muda kerana mahu memberikan lebih masa rehat kepada bintang-bintangnya sebelum menghadapi Manchester United untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi Isnin ini.

Dalam aksi itu, Saint-Gilloise terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Mohamed Anoura pada minit ke-32 sebelum Jarell Quansah menyamakan kedudukan buat Liverpool tujuh minit kemudian.

Wakil Belgium itu memastikan tiga mata menjadi milik mereka menerusi jaringan daripada Cameron Puertas pada minit ke-43.

Bagaimanapun, kemenangan itu masih belum cukup buat Saint-Gilloise yang terpaksa akur jatuh ke Liga Konferens Europa dengan playoff Liga Europa menjadi milik Toulouse selepas menang 2-1 ke atas LASK Linz. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI