fbpx

KPJ Healthcare jual semua anak syarikat fasiliti penjagaan warga emas di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – KPJ Healthcare Berhad (KPJ) mengumumkan penjualan keseluruhan anak syarikatnya bagi fasiliti penjagaan warga emas yang berpangkalan di Queensland, Australia, Jeta Gardens Pty Ltd dan Jeta Gardens Aged Care Pty Ltd untuk mensentralisasi pengukuhan komitmen bagi mengembangkan lagi pertumbuhan pasaran perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Kumpulan penjagaan kesihatan tempatan itu berkata, pelupusan strategik tersebut melibatkan penjualan dan pemindahan aset dan pemansuhan liabiliti terpilih yang berkaitan dengan operasi perniagaan yang dijangka bakal mencatatkan untung bersih sebanyak RM18.938 juta.

“Ini sejajar dengan strategi Kumpulan untuk mengoptimumkan kecekapan operasi dan memberi tumpuan untuk memacu pertumbuhan dalam Malaysia.

Dalam pada itu, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Penjagaan kesihatan, Chin Keat Chyuan, pula berkata, KPJ Healthcare sedang menjalani transformasi strategik dengan matlamat yang jelas untuk mengukuhkan perkhidmatan utama mereka di pasaran domestik.

“Kami percaya langkah ini akan membolehkan kami berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan, lebih responsif terhadap pasaran yang dinamik dan merangsang trajektori pertumbuhan keseluruhan kami,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, strategik ini adalah selari dengan komitmen kami untuk memberikan nilai luar biasa kepada kesemua pihak yang berkepentingan sekaligus mengukuhkan dedikasi kami untuk terus cemerlang dalam pasaran utama.

Difahamkan, pelupusan tersebut dijangka selesai pada suku pertama 2024 dan pembeli diandaikan akan menanggung sebarang liabiliti setelah proses penjualan selesai sekiranya ada. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI