fbpx

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Dua kanak-kanak buat lakonan semula di lokasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak membantu siasatan lakonan semula yang bermula dari anak tangga Blok R dan di sekitar anak sungai di mana mangsa dijumpai.

PETALING JAYA – Anggota Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan siasatan di sekitar anak sungai Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai, hari ini melibatkan dua saksi kanak-kanak lelaki yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan, 5 Disember lalu.

Difahamkan, siasatan diteruskan dengan sesi lakonan semula dua kanak-kanak yang berusia enam dan sembilan tahun.

Kanak-kanak pertama, berbaju merah dilihat bersama ibunya sekitar pukul 11.20 pagi bagi membantu siasatan lakonan semula yang bermula dari anak tangga Blok R dan di sekitar anak sungai di mana mangsa dijumpai.

Seterusnya, kanak-kanak lelaki berbaju kuning pula hadir di lokasi kira-kira pukul 12 tengah hari.

Pasukan forensik hari ini turut dibantu oleh jurukamera PDRM bagi menilai rakaman lakonan semula melibatkan dua saksi cilik itu.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis berjaya mengesan dua saksi yang sempat terlihat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, pada petang,pada 5 Disember lalu, sebelum dilaporkan hilang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, petunjuk baharu itu berdasarkan operasi mencari bukti secara besar-besaran membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 10 Disember lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI