LONDON – Sebuah pasukan paranormal terkejut apabila anggota-anggotanya mendengar suara didakwa hantu, meminta mereka keluar dari sebuah biara yang dibina pada tahun 1800-an dekat Birmingham, baru-baru ini, lapor portal berita Daily Star.
Salah seorang pemburu hantu itu, Tony Ferguson berkata, banyak kejadian aneh berlaku yang menyebabkan sebilangan mereka meninggalkan bangunan tersebut.
“Ini adalah kali pertama (kami) ‘ditegur’ oleh hantu dan adalah mengejutkan bangunan itu adalah sebuah biara,” katanya.
Bangunan itu pernah menempatkan lebih 250 biarawati dan dianggap bangunan paling berpuaka di Malvern, Worcestershire. Ia ditutup pada pertengahan tahun 1980-an apabila bilangan biarawati semakin berkurangan.
Ferguson berkata: “Semasa kami berada di ruang bawah tanah, kami semua mendengar bunyi seretan.
“Kami memulakan penyiasatan tetapi terkejut apabila mendengar bunyi ketukan kuat dan suara tanpa badan memberitahu kami supaya ‘keluar’ (dari bangunan ini).
Pengalaman menyeramkan kumpulan itu dirakam dalam satu klip video. – AGENSI