HANOI – Sepasukan doktor di Vietnam berjaya melakukan pembedahan membuang ‘ekor’ sepanjang 14 sentimeter pada seorang bayi berusia empat bulan, lapor portal berita tuoi tre news semalam.
Bayi yang tinggal di Daerah Ngoc Lac, Wilayah Thanh Hoa itu dimasukkan ke Hospital Kanak-Kanak Thanh Hoa, Vietnam pada bulan ini sebelum ekornya dibuang.
Sebelum ini, doktor mendapati terdapat kecacatan kelahiran pada bayi itu yang dikenali sebagai meningocele, menyebabkan wujudnya lebihan seperti ekor .
Pembedahan itu berjalan selama dua jam.
Bayi itu dibenarkan pulang 10 hari kemudian, manakala keadaannya sihat tanpa sebarang komplikasi lain. – AGENSI