fbpx

Cuba bunuh diri selepas gagal peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang berjaya dipujuk anggota bomba selepas dikesan berada di tingkat 20 bangunan terbengkalai di Bukit Kuda, Klang.

KLANG – Gara-gara malu dipercayai tidak lulus peperiksaan membuatkan seorang lelaki cuba bunuh diri dalam bangunan terbengkalai setinggi 30 tingkat di Lorong Kampar, Bukit Kuda di sini semalam.

Lelaki berusia 20 tahun itu bagaimanapun berjaya dipujuk selepas ditemui di aras 20 bangunan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai enam anggota termasuk pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 11.40 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal keluarga menyatakan mangsa hilang di bangunan terbengkalai di setinggi 30 tingkat di lokasi tersebut.

“Anggota bomba kemudiannya melakukan pencarian dan berjaya mengesan lelaki berkenan pada tingkat 20.

“Tindakan pantas penyelia dan bomba operasi kemudiannya berjaya memujuk mangsa untuk turun dari bangunan itu,” katanya kepad Kosmo! hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang cedera ringan di bahagian kaki kemudiannya diberikan rawatan awal oleh anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

Tambah Ahmad Mukhlis, berdasarkan siasatan awal dipercayai lelaki itu berada di bangunan tersebut untuk bunuh diri.

“Tindakan itu dipercayai akibat malu dengan keluarganya kerana tidak lulus peperiksaan.

“Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI