fbpx

Bayi hidap kecacatan tempurung kepala meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar kenangan Nurul Izzati Adawiyah bersama Mohammad Azhar serta Nur Khaulah Al-Azwar dan Allahyarham Muhammad Bilal Yusra ketika ditemui pada tahun lalu di Kampung Sungai Ular, Kulim.

KULIM – Anak syurga yang pernah menjadi perhatian orang ramai,  Muhammad Bilal Yusra Muhammad Azhar yang me­ngalami kecacatan tempurung kepala atau Holoprosencephaly dan sumbing meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Ular, di sini hari ini.

Menurut ibunya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd. Zaidi, 26, berkata, anak bongsunya itu meninggal dunia kira-kira pukul 4.50 pagi tadi di rumah mereka di sisinya serta suami Mohammad Azhar Arzemi, 31, serta kakaknya, Nur Khaulah Al-Azwar, 6.

Katanya,Muhammad Bilal Yusra yang kini berusia tiga tahun tidak menghadapi masalah kesihatan lain, selain penyakit yang dihidapinya.

“Cuma keadaannya semalam tak berapa sihat dan nampak letih, pagi tadi ketika  saya melihat anak saya diam sahaja saya terus memeriksanya lalu memanggil suami dan mendapati anak saya sudah tiada.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk menjaganya selama tiga tahun ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Nurul Izzati Adawiyah, mereka berusaha menjaganya sebaik mungkin dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada arwah serta kakaknya yang juga seorang orang kelainan upaya (OKU).

Ujarnya lagi, mereka ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada orang ramai serta pihak media yang banyak memberi sumbangan serta bantuan kepada mereka selama ini.

Tambahnya, jenazah Muhammad Bilal Yusra akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Furqan, Kampung Sungai  Ular pukul 11 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI