fbpx

Anugerah Shopee Super Awards 2023 kembali lebih hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para pemenang gembira di Majlis Anugerah Shopee Super Awards 2023 dan mempamerkan trofi masing-masing.

PETALING JAYA – Anugerah Shopee Super Awards 2023 kembali dengan lebih gemilang tahun ini sebagai penghormatan kepada bintang-bintang terbilang dalam landskap e-dagang yang pesat membangun di Malaysia.

Selebriti dan golongan berpengaruh dalam komuniti perniagaan e-dagang berkumpul dan bergaya bagi memeriahkan acara penganugerahan berprestij berkenaan yang diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur, semalam.

Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika menerima Anugerah Selebriti Super yang disampaikan oleh Kenneth Soh, semalam.

Dihoskan oleh Naz Rahman dan Julie Woon, acara itu menampilkan barisan jenama dan penjual, yang telah menggegarkan arena siaran langsung dan pemasaran affiliate sekali gus meningkatkan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi.

Kumpulan popular, Dolla dan penyanyi sensasi Vanessa Reynauld turut hadir menghiburkan para tetamu, selain 100 anugerah telah diberikan kepada jenama, penjual tempatan, dan bakat-bakat luar biasa dalam pasaran Shopee.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh, ketika berucap berkata, ia tanda penghargaan kepada penjual-penjual siaran langsung yang berjaya meningkatkan pencapaian Shopee.

“Anda telah meningkatkan jualan sepuluh kali ganda dan pesanan 16 kali ganda berbanding tahun lalu.

“Anda juga telah mencipta peluang bagi bakat tempatan kerana kami melihat pesanan yang dipacu oleh affiliate meningkat sebanyak 420 peratus, dengan penglibatan lebih daripada 20,000 affiliate baharu dalam ekosistem kami tahun ini,” katanya.

Kenneth Soh menyatakan rasa bangganya kepada semua calon di Anugerah Shopee Super Awards 2023, semalam.

Beliau menambah, rakyat Malaysia yang terlibat dengan hos influencer (pempengaruh) tempatan telah mencatatkan jumlah sebanyak 3.5 bilion kali di Shopee Live, tahun ini.

“Kami mempunyai barisan influencer hebat, di sini malam ini, yang telah meningkatkan pertumbuhan trafik luar biasa (10 peratus atau lebih) dengan setiap kempen sepanjang tahun.

“Selain itu, anda juga memberi kepercayaan kepada penjual dan jenama tempatan dengan kandungan berkualiti yang mencerminkan cita rasa rakyat Malaysia,” tambahnya.

Tempoh pengundian selama 28 hari di aplikasi Shopee pada November lalu, membolehkan ahli mengundi ke atas 25 pemenang anugerah, manakala 75 anugerah bukan mengundi ditentukan oleh keputusan data platform merentasi kategori industri.

(Dari kiri ke kanan): Edward Wong (HomeDecoStore), Eugene Lo (Mamami Shoppe) dan Mohd Zaid (Lampu Cherita), tiga bintang Shopee Rai Lokal.

Salah satu dari dua jenama yang memenangi Anugerah Rakan Strategik Super adalah Sasbadi Holdings Berhad, iaitu antara penerbit bahan Pendidikan terkemuka Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan salah seorang pengasas, Law King Hui berkata, pihaknya teruja serta gembira dengan anugerah yang diberikan selepas 38 tahun menjalankan perniagaan.

“Kami berasa gembira dan dihormati kerana Sasbadi adalah jenama lama, sudah berusia 38 tahun.

“Tahun ini, kami bekerjasama dengan Shopee dan meningkatkan usaha dalam memperkenalkan jenama Shopee kepada lebih ramai pelajar. Itulah sebabnya kami memenangi anugerah pertama ini,” katanya.

Duo dinamik dari Phinix Store, Khaled Hassan dan Husman Setta, pula berjaya memenangi anugerah Penjual Siaran Langsung Super Essentials.

“Ini sungguh tidak diduga kerana kami hanya mula melakukan siaran langsung pada pertengahan Julai. Belum sampai setahun tetapi responnya luar biasa,” ujarnya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada ribuan peminat dan penyokong mereka, Khaled menambah bahawa jenama coklat mereka akan dilancarkan pada tahun depan.

“Rahsia kejayaan? Pelanggan adalah kawan kami dan kami membincangkan tren terkini, berkongsi gosip terkini, sama seperti anda akan lakukan dengan rakan-rakan anda,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI