fbpx

Alphacapital biaya projek perlombongan pasir silika di Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Mahadzir (kiri, duduk) bersama Wan Aliff (tengah) dan Pengerusi Arifa Dynamic, Tengku Azlan Shah Tengku Abdul Rahman (kanan, duduk) menandatangani perjanjian kerjasama di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Platform pembiayaan pelaburan, Alphacapital (M) Berhad (Alphacapital)mengumumkan kerjasama de­ngan syarikat perlombongan dan komoditi, Arifa Dynamic Sdn. Bhd. (Arifa Dynamic) untuk me­laksanakan operasi melombong pasir silika di Setiu, Terengganu.

Menerusi kerjasama ber­kenaan, Alphacapital akan ­menyediakan pembiayaan untuk membangunkan ekosistem perlombongan dengan sasaran untuk menjual kira-kira 600,000 metrik tan pasir silika setiap tahun, melibatkan anggaran nilai lebih RM30 juta.

Pasir silika merupakan bahan mentah utama yang digunakan dalam pelbagai industri terma­suk pembuatan kaca dan logam serta pengeluaran kimia.

Operasi penuh bakal bermula pada Januari depan dengan aspirasi untuk menempatkan Malaysia sebagai pengeluar pasir silika terkemuka bersama-sama China, Taiwan, Korea Selatan dan Australia.

Pengarah Arifa Dynamic, Wan Aliff Nasrul Hakim berkata, kerjasama Alphacapital membo­lehkan pihaknya meningkatkan operasi pada skala lebih besar.

“Pembiayaan dan sokongan Alphacapital akan membolehkan kami memaksimumkan potensi tapak perlombongan ini dan memperkuat kedudukan Terengganu sebagai pusat perlombo­ngan dan komoditi utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif Alphacapital, Syed Mahadzir Fadaak berkata, kerjasama untuk tempoh 30 tahun itu bakal menawarkan pekerjaan baharu sambil memenuhi permintaan kukuh untuk pasir silika di peringkat domestik dan juga antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI