fbpx

Aaron-Wooi Yik belum kibar ‘bendera putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (depan) dan Wooi Yik percaya peluang mereka pada Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou masih belum tertutup. – AFP

BEREGU negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik belum mahu mengalah memburu tempat ke separuh akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2023 di Hangzhou, China meskipun tewas dua aksi peringkat kumpulan.

Pada perlawanan kedua Kumpulan A di Gimnasium Sukan Olimpik Hangzhou semalam, bekas juara dunia itu terpaksa akur dengan kekalahan tiga set 21-19, 18-21, 20-22 kepada beregu tuan rumah, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Walaupun peluang tampak mustahil, namun beregu lelaki di ranking ketiga dunia itu sedia memberikan segala-galanya pada aksi terakhir menentang satu lagi wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang hari ini.

Aaron-Wooi Yik perlu menang straight-set ke atas Wei Keng-Wang Chang selain mengharapkan beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi tewas kepada Yu Chen-Xuan Yi dalam satu lagi perlawanan.

“Saya fikir prestasi kami hari ini (semalam) baik, cuma tuah tidak menyebelahi kami biarpun set kedua sudah mendahului, tetapi banyak melakukan kesilapan mudah. Lawan kami lebih jelas apa yang mereka lakukan.

“Masih ada satu lagi perlawanan esok (hari ini) dan kami akan cuba berikan yang terbaik untuk mencatat kemenangan,” kata Aaron kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan semalam.

Dalam pada itu, Wooi Yik pula menganggap dua kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan kali ini sebagai pengajaran berguna bagi memastikan mereka memperbaiki prestasi pada masa hadapan.

“Sudah tentu kami belajar dari­pada setiap perlawanan, ­apatah lagi mereka adalah pasangan utama dunia dan akan menjadi lawan pada masa depan. Ia adalah satu pengalaman berguna untuk kami,” ujarnya.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik tidak pernah melepasi saingan peringkat kumpulan dalam tiga penampilan sebelum ini ketika beraksi pada edisi 2019, 2020 dan 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI