fbpx

9,000 pengguna di Air Itam berdepan gangguan air Khamis depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Kira-kira 9,000 pengguna air di sekitar Lebuh Raya Thean Teik dan kawasan berdekatan Air Itam di sini akan berdepan gangguan bekalan air berjadual pada Khamis depan, mulai pukul 9 pagi hingga 9 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir. Pathmanathan berkata, gangguan itu berlaku disebabkan penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan untuk memudahkan projek Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Jejambat Air Itam.

“Kerja-kerja penyambungan saluran paip bekalan air yang dialihkan akan dijalankan pada hari Khamis depan di lima tempat di dua lokasi berhampiran iaitu persimpangan Lebuh Raya Thean Teik/Lintang Angsana; dan Persimpangan Lebuh Raya Thean Teik/pasar Farlim.

”Kerja-kerja penyambungan ini adalah terkait dengan pembinaan projek Jejantas Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Air Itam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah BPEN (Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri),” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi memudahkan kerja-kerja penyambungan paip, PBAPP perlu menutup sementara saluran paip 600mm MS (keluli lembut) di kawasan itu.

”Penutupan saluran paip 600mm ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam di sepanjang Lebuhraya Thean Teik dan kawasan berdekatan di Air Itam,” katanya.

Tambahnya, PBAPP memohon maaf atas kesulitan yang akan berlaku akibat gangguan bekalan air berjadual ini.

”Ini adalah gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam. Semua premis domestik hendaklah dilengkapi dengan tangki air dalaman untuk menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan 24 jam.

“Semua pengguna yang terjejas digalakkan menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan dari pukul 9 pagi hingga 9 malam pada Khamis depan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI