fbpx

6 helai jersi Lionel Messi dijual lebih RM36 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh ihsan Sotheby’s menunjukkan enam helai jersi yang dipakai oleh Messi. – AFP

NEW YORK – Enam helai jersi bola sepak dipakai oleh bintang Argentina, Lionel Messi pada Piala Dunia 2022 di Qatar, dijual pada harga AS$7.8 juta (RM36.4 juta) dalam satu acara lelongan, kata rumah lelongan berkenaan kepada AFP kelmarin.

Menurut rumah lelongan Sotheby’s, jersi belang menegak tersebut berwarna biru muda dan putih.

Harga yang dipersetujui memecahkan rekod penjualan barangan yang dikaitkan Messi dan merupakan lelongan memorabilia sukan paling berharga sepanjang tahun ini, kata Sotheby’s.

Messi mengetuai Argentina yang meraih kemenangan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas Perancis di Stadium Lusail Qatar yang mempunyai kapasiti 80,000 penonton pada 18 Disember 2022.

“Piala Dunia FIFA 2022 berdiri sebagai salah satu acara terhebat dalam sejarah sukan, secara intrinsik berkait dengan perjalanan keberanian Messi dan mengukuhkan statusnya sebagai pemain terhebat sepanjang zaman,” kata ketua koleksi moden Sotheby’s, Brahm Wachter.

Awal bulan ini, Messi dinobatkan sebagai ‘Atlet Terbaik Tahunan’ oleh majalah Time untuk tahun 2023 selepas musim cemerlang yang ditandai dengan anugerah Ballon d’Or kelapan dan perpindahan hebatnya ke Major League Soccer, Inter Miami.

Messi yang berusia 36 tahun membuat penampilan sulungnya untuk Miami pada Julai lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI