fbpx

3 beranak maut : Suami iring jenazah isteri, dua anak hingga ke liang lahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga mengusung jenazah arwah Nor Faizah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pintu Gerbang, Bachok hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Suami dan bapa kepada tiga beranak yang maut dalam nahas di Kilometer 17, Jalan Lipis- Benta, Lipis awal pagi tadi mengiringi jenazah keluarganya itu hingga ke liang lahad di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Pintu Gerbang, di sini petang tadi.

Koperal Mohd. Azman Mat Yaacob,36, dilihat tidak henti-henti mengalirkan air mata semasa mengiringi arwah isteri, Nor Faizah Ridzuan, 34, bersama anaknya, Muhammad Hariz Adrian,10, dan anak angkat, Muhammad Hafiy Azman Abdullah, 3.

Jenazah ketiga-tiga mangsa itu selamat dikebumikan di dalam satu kubur kira-kira pukul 6.30 petang tadi selepas disolatkan di Masjid Telok Kemunting, Tawang di sini dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun turut hadir menziarahi tanah perkuburan serta ahli keluarga mangsa.

Sepupu kepada Nor Faizah, Zubairi Mohd. Ghani, 40, berkata, arwah sebelum ini meminta bantuan untuk memandu kenderaannya dengan membawanya bersama dua anak dari Petaling Jaya, Selangor untuk pulang ke kampung.

Bagaimanapun, katanya, dia membatalkan perancangan itu kira-kira pukul 6 petang semalam dengan memaklumkan akan pulang ke kampung bersama rakannya

“Arwah kemudian menghantar pesanan WhatsApp kepada saya dengan mengatakan dia sudah bertolak balik dengan dua anaknya. Saya sepatutnya menaiki bas dari Bachok pukul 8.30 malam tadi sebelum memandu kenderaannya dan pulang bersama-sama ke kampung hari ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Zubairi memberitahu, dia pada awalnya berasa bimbang kerana arwah kurang cekap memandu kerana baru dapat lesen memandu.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, tiga beranak maut selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori ‘loader’ di Kilometer 17, Jalan Lipis-Benta dekat Lipis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI