fbpx

[VIDEO] Polis siasat bas PDRM ‘U-turn’ hingga langgar Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar bas PDRM membuat pusingan U di lokasi tidak dibenarkan hingga terlanggar kereta Proton Wira.

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan sebuah bas milik PDRM membuat pusingan “U” di lokasi tidak dibenarkan sehingga terlanggar sebuah kereta.

Bas tertera dengan tulisan ‘Polis Kuala Lumpur’ membuat pusingan U di lampu isyarat di Jalan Batu Caves berhampiran Taman Greenwood, di sini, pukul 2.30 petang, 6 Disember lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, video terbabit dimuat naik oleh pengguna Tik Tok @deafebianschannel1, pukul 6 petang kelmarin.

“Bas berkenaan dalam perjalanan dari arah Batu Caves, Selangor menghala ke Kuala Lumpur.

“Sewaktu membuat pusingan U, bas itu dilihat mengundur sehingga terlanggar sebuah kereta Proton Wira putih yang tidak dapat dipastikan nombor pendaftarannya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta pengguna Tik Tok @deafebianschannel1 dan pemandu Proton Wira tampil membantu siasatan polis.

“Pemilik Tik Tok dan pemandu Proton Wira boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Amira Abu Hassan di talian 019- 6026596 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03- 61262222.

“Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 112 LN 170/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

@deafebianschannel1 #MDHVIRALCHANNEL #PolisTunjukContohTidakBaik #DFC ♬ bunyi asal – DFC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI