fbpx

Ular tedung selar 4.5 meter bawah meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock Hing (kanan) bersama anggota APM daerah Timur Laut menangkap ular tedung selar sepanjang 4.5 meter di Jalan Air Itam, malam tadi.

GEORGE TOWN – Pasukan Angkatan Pertahanan (APM) daerah Timur Laut mengambil masa kurang 10 minit untuk mengeluarkan seekor ular tedung selar sepanjang 4.5 meter di bawah meja, sebuah rumah berpenghuni di Jalan Air Itam di sini, malam tadi.

Pegawai Operasi, Yeoh Hock Hing berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan reptilia berkenaan pada pukul 10.55 malam dan mengambil masa kurang 20 minit untuk tiba di tempat kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi tersebut mendapat seekor ular jenis tedung selar sedang melingkar di bawah meja dalam kediaman terbabit.

“Saiz ular memang besar iaitu sepanjang 15 kaki (4.5 meter) dengan berdiameter sembilan inci selain agresif ketika tangkapan dilakukan.

“Namun, pihak kami berjaya menangkap ular tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan membawanya ke pangkalan APM,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, penemuan ular tedung selar disedari penghuni kediaman itu selepas hujan lebat berhenti. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI