fbpx

Suami bunuh diri supaya isteri dapat bayar hutang ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUPIN (tengah) meminta bantuan pertubuhan Salmai Survive kerana mendiang suami banyak berhutang di Thailand. - Foto Daily News

BANGKOK  – Seorang wanita Thailand meminta bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  selepas suaminya membunuh diri bagi mendapatkan wang  tabung pengebumian kerajaan supaya dia dapat membayar hutang mereka, lapor portal berita Thaiger semalam.

Wanita berusia 60 tahun dikenali sebagai Yupin itu dan pengasas NGO Samai Survive, Ekkaphop Luengpraser  mendedahkan bahawa  Yupin dan suaminya sama-sama berusia 59 tahun. 

Pasangan suami isteri itu menyara hidup dengan menjual bawang merah dan bawang putih di wilayah Uttaradit, utara Thailand.

Mereka juga terpaksa menjaga dua cucu yang masing-masing berumur 17 dan lima tahun.

Kata Yupin, sebelum pandemik Covid-19 berlaku, mereka memperoleh pendapatan yang cukup untuk menampung perbelanjaan harian. 

Namun, kemelesetan ekonomi ketika pandemik menyebabkan pasangan itu mengalami masalah kewangan sehingga  terpaksa meminjam wang termasuk daripada beberapa ‘ah long’.

Menurut Saimai Survive, Yupin dan suaminya meminjam wang daripada Bank Koperasi Pertanian (BAAC), institusi kewangan lain dan beberapa  ‘ah long’ yang berjumlah 665,000 baht (RM88,382) selain tiga lagi sumber kewangan tidak rasmi.

Suaminya membunuh diri supaya dia dapat menuntut wang tabung pengebumian yang disediakan  oleh kerajaan dan menggunakannya untuk membayar hutang.

Saimai Survive membantu Yupin menyertai kempen pelepasan hutang kerajaan dan membawa perkara itu kepada polis dan gabenor wilayah Uttaradit.

Berapa pegawai pihak berkuasa  kini memanggil setiap pemiutang untuk menyoal mereka tentang amalan kutipan hutang dan merundingkan pembayaran hutang Yupin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI