fbpx

Siti Nurhaliza enggan melatah sering ‘tersepit’ isu orang lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah The Golden Voice Of The East selain trofi The Trending Livestyle Cosmetic Brand Of The Year bagi syarikatnya SimplySiti semasa The Knights Award. -AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan mudah melatah apabila namanya sering dikaitkan dengan isu-isu remeh yang akhirnya membuatkan dirinya terkena tempias kecaman.

Siti, 44, atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin lebih selesa mengambil pendekatan tidak terlalu mengendahkan perihal yang tidak mendatangkan faedah buat dirinya.

“Saya memang tak sangka nama saya sering diperkatakan walaupun bukan cerita mengenai diri mahupun kerjaya, tetapi tetap juga dikaitkan.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Golden Voice dari President The Knights Award iaitu Dr. Zyro Wong.

“Jadi, saya selalu ingatkan pada diri sendiri, apa pun yang dilakukan nawaitu kena betul. Orang nak bercakap atau kaitkan jangan melatah dan respons secara positif.

“Itulah realiti. Mungkin orang bertanya kerana mahukan pendapat dan berikan respons dengan cara saya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis The Knights Award di Hotel W, Kuala Lumpur, semalam.

PENYANYI Filipina, Marcelito Pamoy menyerikan majlis dengan beberapa persembahan istimewa.

Dalam perkembangan lain, Siti meluahkan rasa syukur apabila meraih anugerah The Golden Voice Of The East selain trofi The Trending Livestyle Cosmetic Brand Of The Year bagi syarikatnya SimplySiti.

“Alhamdulillah, rasa gembira dan bersyukur sebab menerima dua anugerah yang satunya untuk syarikat dan satu lagi buat diri sendiri.

“Penutup 2023 yang sangat indah. Anugerah buat syarikat ada makna mendalam adalah untuk lebih bersemangat tampilkan lebih baik dari segi produk dan kualiti.

“Kalau anugerah peribadi, ini sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong sehingga saya bertahan dalam industri selama 28 tahun,” ujarnya.

KESEMUA pemenang yang memenagi anugerah semasa The Knight Award pada 13 Disember lalu.

Selain Siti, artis Malaysia lain yang berjaya diiktiraf The Knight Award ialah Harith Iskander (The Most Celebrated Comedian Of All Time) dan Datuk Arumugam (The Most Iconic Band Group Of All Time). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI