fbpx

Perlis antara 11 negeri dijangka hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda 11 negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir dijangka melanda seluruh kawasan di Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Sementara itu, beberapa tempat di negeri Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Larut Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron) turut diramal mengalami hujan lebat.

“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat, Tawau dan Sandakan,” katanya.

Menurut laporan sama, di Sarawak, hujan lebat turut diramal berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibud dan Mukah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI