fbpx

Pemandu treler maut nahas babit enam kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 457, Lebuh Raya Utara-Selatan, Sungai Buloh, malam ini.

SUNGAI BULOH – Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di kilometer 457, Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, malam ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada pukul 9.58 malam.

Katanya, sebanyak tujuh anggota serta dua jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan enam buah kenderaan antaranya sebuah lori treler membawa muatan konkrit dan sebuah lori kontena.

“Baki empat kenderaan lain yang terlibat merupakan kereta Perodua Axia, Honda HRV, Honda City dan Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut beliau, pemandu treler berusia 30-an yang terlibat nahas berkenaan didapati tersepit dan sedang dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Mangsa didapati meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang pemandu lelaki berusia 20-an mengalami cedera ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI