fbpx

Pemandu lori halang tugas JPJ, keluar kata kesat disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang pemandu lori bertindak biadab apabila cuba menghalang tugas anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menyita kenderaannya untuk di bawa ke Kandang Sita JPJ di Bandar Seri Jempol, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian berlaku semasa anggota JPJ sedang menjalankan tugas rondaan untuk pemeriksaan kenderaan perdagangan telah terserempak dengan lori suspek yang bercermin gelap di hadapan sebuah premis kediaman di taman perumahan kira-kira pukul 9.50 pagi.

“Semakkan pada sistem Smart Mobile Enforcement Device (SMED) mendapati cukai jalan dan puspakom lori tersebut tamat tempoh, serta tiada perlindungan insurans.

“Anggota JPJ kemudiannya telah mengarahkan lori tersebut berhenti dan mengeluarkan notis penahanan lori kerana cukai jalan tamat tempoh. Secara tiba-tiba, suspek datang menaiki kereta jenis Perodua Viva dan meletakkan kenderaannya di hadapan lori.

“Suspek telah marah dan meninggikan suara dengan bahasa yang kasar. Suspek juga berkata ‘U jangan ingat, U besar, U panggil U punya tuan turun la’,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, suspek berusia 48 tahun telah ditangkap dan siasatan mendapati punca suspek berkata demikian adalah kerana tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ yang telah mengeluarkan notis penahanan lorinya sebanyak dua kali pada tahun yang sama.

Bagaimanapun menurutnya, suspek tidak ditahan reman kerana mempunyai penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi serta suspek juga mengambil insulin.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI