fbpx

Pegawai JPJ Temerloh cedera, pikap langgar tebing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan yang terbalik melibatkan seorang pegawai cedera di Kilometer 152, Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, Temerloh hari ini.

TEMERLOH – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera apabila sebuah kenderaan milik jabatan itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 152, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika kenderaan jenis pikap milik JPJ Cawangan Temerloh dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Setiba di tempat kejadian, pemandu kenderaan berusia 34 tahun telah hilang kawalan dan melanggar tebing tanah di laluan bertentangan sehingga terbalik dan keempat-empat tayar kenderaan di atas.

“Akibat pelanggaran itu, penumpang belakang yang juga pegawai JPJ telah mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI