fbpx

Trak pikap dalam perjalanan santuni mangsa dihanyut bah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah (dua dari kanan) dan Tengku Mahari (dua dari kiri) diselamatkan penduduk kampung sewaktu kenderaan Toyota Hilux dinaiki mereka dihanyutkan banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Hasrat Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Tengku Mahari Tengku Chik dan tiga pegawai untuk menyantuni mangsa bah tidak kesampaian apabila trak pikap dinaiki nyaris dihanyutkan arus deras di Kampung Pengkalan Ajal, Ajil di sini hari ini.

Sewaktu kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, kenderaan jenis Toyota Hilux dipandu Tengku Mahari turut dinaiki Ketua UMNO Cawangan Pengkalan Ajal, Abdullah A. Rahman, Ketua UMNO Cawangan Pekan Ajil, Tahar Muda dan Zukifli Ismail.

Abdullah berkata, mereka dalam perjalanan untuk menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Felcra Gunung Menerong di sini.

“Sewaktu melalui lokasi kejadian yang ditenggelami air sedalam lebih  satu meter, tiba-tiba kenderaan kami hilang kawalan sebelum dibawa arus.

“Kami segera keluar melalui tingkap untuk naik ke atas bumbung bagi menyelamatkan diri sebelum diselamatkan oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Abdullah berkata, Toyota Hilux tersebut berjaya dikeluarkan dari lokasi banjir kira-kira setengah jam kemudian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI