BEIJING – Seorang wanita yang berada di bawah pengaruh alkohol bertindak di luar jangkaan apabila dia membuang air kecil di dalam sebuah restoran di Shenzen, China, lapor portal berita Daily Star semalam.
Perbuatan individu yang tidak didedahkan identitinya itu merupakan bukti jelas keburukan minum minuman keras di khalayak ramai.
Dia dipercayai telah meminum terlalu banyak minuman keras di restoran itu.
Dalam kejadian baru-baru ini, wanita berkenaan menanggalkan seluarnya sebelum mencangkung di dalam restoran tersebut untuk membuang air kecil di hadapan sejumlah pelanggan lain.
Beberapa pelanggan yang sedang makan di restoran bertindak merakamkan perbuatan wanita itu menggunakan telefon bimbit berkamera.
Video perbuatan wanita itu kemudian tersebar di media sosial.
Netizen yang menyaksikan kejadian mengejutkan itu di internet menyatakan bahawa ia adalah sebagai tanda amaran kepada mereka yang terlalu banyak minum minuman keras.
Setakat ini, tidak diketahui apa yang berlaku kepada wanita itu selepas kejadian itu. – AGENSI