fbpx

Kastam Perak rampas rokok, arak seludup hampir RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Ghafar (tengah) menunjukkan rokok dan arak seludup yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Perak dan Johor, minggu lalu.

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas 1.3 juta batang rokok putih dan kretek serta 1,859 liter minuman keras seludup dengan nilai cukai keseluruhan berjumlah RM950,000 dalam tiga serbuan berasingan di Perak dan Johor, minggu lalu.

Dalam operasi tersebut, tiga lelaki warga tempatan berusia 22, 34 dan 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, operasi pertama dijalankan pada 4 Disember lalu pukul 9.20 malam di sebuah kediaman tidak berpenghuni di Chemor menemukan 646,800 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama.

“Rampasan barang disyaki belum lulus kastam itu melibatkan nilai cukai sebanyak RM420,940.40. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan pemilik premis berkenaan untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, rampasan kedua dijalankan di Gopeng pada pukul 5 petang, 6 Disember lalu oleh anggota penguatkuasa Cawangan JKDM Stesen Pengkalan Hulu melibatkan rampasan minuman keras dengan nilai cukai berjumlah RM57,276.08.

“Serbuan juga dijalankan di Johor Bahru pada pukul 10.30 pagi, 7 Disember lalu di sebuah kediaman di mana anggota telah merampas 701,000 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran nilai cukai RM469,802.40. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI