PETALING JAYA – Selepas 10 tahun menjanda, penyanyi Jeslina Hashim kini berbahagia dengan kekasih yang juga kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil.
Selain difahamkan bakal menghitung hari ke jenjang pelamin dengan individu terbabit, penyanyi berusia 45 tahun itu dikatakan bakal berbiras dengan pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim.
Tunku Eddy merupakan adinda kepada suami Sarimah, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffa.
Selain itu, bakal suami Jeslina juga adalah cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Berita pasangan terbabit bakal mendirikan rumah tangga tersebar apabila Tunku Eddy sendiri memuat naik gambar berdua yang memperlihatkan Jeslina menunjukkan cincin di jari manis.
Bagaimanapun, netizen dilihat tidak senang duduk dengan berita tersebut dan mempersoalkan daya tarikan yang ada pada penyanyi yang popular sekitar awal tahun 2000 itu.
“Tiada kelas jika dibandingkan dengan Sarimah. Jauh panggang dari api,” kata netizen.
“Saya masih berfikir, selain seksi apa keistimewaan Jeslina,” ujar netizen lain.
“Kalau saya jadi lelaki, saya akan cari yang ada kelas sikit. Ini rupa dah hauk (teruk), perangai pun sama,” luah netizen lagi.
Sebelum ini, pemilik nama lengkap Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohamed Hashim itu pernah bergelar isteri Dion Andrew Vercoe pada 2005 namun bercerai lapan tahun kemudian.
Hasil rumah tangga bersama lelaki asal New Zealand itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE