fbpx

Jambatan Pulau Pinang bakal ditutup sementara pada Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis penutupan sementara Jabatan Pulau Pinang yang dikeluarkan oleh Plus hari ini.

PETALING JAYA – Jambatan Pulau Pinang akan ditutup pada Ahad, 17 Disember mulai pukul 12:01 tengah malam sehingga pukul 10 pagi.

Menurut Plus Malaysia Berhad (Plus), penutupan jambatan tersebut adalah bersempena Penang Bridge International Marathon 2023.

“Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian tersebut.

“Sehubungan itu, Plus menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.

Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi Aplikasi X @PLUSTrafik, Aplikasi PLUS, Chatbot PUTRI atau papan tanda elektronik (VMS) di lokasi- lokasi terpilih.

Selain itu, pengguna juga boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI