fbpx

Insiatif payung Rahmah diteruskan – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ketika hadir pada majlis perasmian Karnival Barangan Malaysia di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meneruskan inisiatif payung Rahmah seperti yang diperkenalkan sebelum ini, kata Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali.

Beliau berkata, ia kerana inisiatif berkenaan bersifat agenda nasional dan ia merupakan usaha baik yang diperkenalan oleh menteri terdahulu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Katanya, pada Belanjawan 2024 lalu juga, kerajaan turut mengumumkan peruntukan RM200 juta bagi meneruskan payung Rahmah ini.

“Pastinya, peruntukan 2024 sudah ada iaitu sebanyak RM200 juta untuk kita meneruskan inisiatif ini.

“Hari ini, kita berikan kad diskaun Rahmah kepada pengusaha restoran dan kafe yang menyediakan menu Rahmah.

“Sebulan lalu, kita buka permohonan kad menu Rahmah secara atas talian dan hari ni beberapa syarikat telah menerima kad itu hari ini,” katanya ketika sidang akhbar selepas majlis perasmian Karnival Barangan Malaysia di sini hari ini.

Armizan berkata, inisiatif ini juga akan diperluaskan ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT), institut pendidikan guru (IPG), politeknik dan kolej pendidikan MARA.

“Pada Dialog Setahun Madani ada permintaan supaya inisiatif termasuk menu siswa Rahmah dilaksanakan di institusi pendidikan tinggi itu,” katanya.

Mengulas berhubung karnival berkenaan, Armizan berkata, pihaknya akan bersama kerajaan negeri Perak, Melaka dan Perlis untuk dengan menganjurkan Mini Karnival Barangan Malaysia bersempena tahun melawat negeri berkenaan tahun depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI