fbpx

Fahmi akan bertemu Google selesai isu kandungan lucah di YouTube

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan perbincangan dengan penyedia platform Google, minggu depan.

Pertemuan itu susulan hantaran Pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook mengenai kandungan lucah yang boleh diakses melalui menerusi laman penstriman video YouTube yang menjadi tular, semalam.

Hantaran Akhi Fairuz Al-Jengkawi di laman Facebook mengenai kandungan lucah yang boleh diakses oleh murid menerusi laman penstriman video YouTube.

“Di sekolah saya ada murid tahun satu yang selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi.

“Sekali saya beri telefon bimbit dan minta dia search apa yang dia tonton di Youtube. Saya istighfar panjang!

“Hanya dengan taip ** terus keluar benda lucah. Padahal majoriti murid dalam kelas saya ni membaca dan mengeja pun tak tahu,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah Mohd Fairuz, perkara tersebut merupakan antara aduan guru sekolah rendah kepadanya mengenai realiti penyalahgunaan YouTube dalam kalangan murid yang perlu dipandang serius.

“Jika ibu bapa tidak serius untuk sekat serta pantau penggunaan telefon pintar anak di rumah, maka lahirlah generasi begini,” katanya.

Menurutnya, pihak perkuasa perlu mengadakan sekatan daripada mengelakkan perkara sama daripada berlaku lagi pada masa hadapan.

“Syukur menteri sudah ambil tahu isu ini. Tetapi, dari segi pemantauan, itu semua jatuh pada bahu ibu bapa. Tolonglah jangan rosakkan anak dengan beri telefon bimbit tanpa pantauan.

“Selain itu, ibu bapa juga perlu berikan didikan berterusan. Jangan pernah jemu untuk ajar anak apa yang boleh apa yang tidak, apa halal, apa haram, apa dosa, apa pahala,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI