fbpx

F1: AlphaTauri bakal lebih menyengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALPHATAURI diberi kebebasan oleh Red Bull untuk membuat keputusan dan bersaing untuk mencabar kejuaraan pada aksi F1. - AFP

LONDON – Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner mendedahkan bahawa AlphaTauri bukan dianggap pasukan kedua sebaliknya adalah ‘pelanggan’ utama mereka selepas diperkuatkan pemandu berbakat seperti Daniel Ricciardo dan Yuki Tsunoda.

Selepas empat musim di bawah jenama AlphaTauri, pasukan kedua Red Bull itu akan melalui penjenamaan semula menjelang musim 2024 nanti selepas pasukan itu akan dikendalikan oleh Laurent Mekies bagi mengambil alih tempat Franz Tost yang bersara.

Horner menegaskan bahawa AlphaTauri bebas untuk membuat sebarang keputusan terutama dalam aspek untuk berjuang dan bersaing mencari kemenangan selain turut dibantu oleh Red Bull.

“AlphaTauri dimiliki oleh pemegang saham yang sama seperti Red Bull Racing, tetapi sudah tentu mereka akan mengambil manfaat daripada bahagian yang dibenarkan seperti kotak gear dan beberapa komponen lain seperti sistem suspensi.

“Konsepnya sama seperti Williams dan Aston Martin yang mendapat bantuan daripada Mercedes,” kata Horner.

Dalam pada itu, Horner yakin AlphaTauri akan tampil dengan kelainan terutama selepas pasukan itu menerima kehadiran Mekies.

“Pasukan AlphaTauri akan mempunyai pengurusan baharu. Peter Bayer sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Laurent Mekies sebagai ketua pasukan.

“Mereka berdua adalah seorang individu berpengalaman dalam F1 dan mempunyai kekuatan untuk menggerakan pasukan ini terus ke hadapan,” tambah Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN