fbpx

Cuba lari daripada polis, lelaki didenda RM2,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Dzohir (tengah) didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini atas pertuduhan menghalang tugas polis.

SUNGAI PETANI – Seorang penganggur yang bertindak melarikan diri daripada polis dengan memecut kereta dari Sungai Petani hingga Jambatan Pulau Pinang sebelum terjun ke dalam laut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Dzohir Abdullah, 25, didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghalang tugas anggota polis, Sarjan Mohd Sharif Sudin di Kawasan Perkilangan Bakar Arang, di sini kira-kira pukul 1.30 pagi, 9 Disember lalu.

Dia membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan tersebut dibacakan di hadapan Majistret, M. Kalairasi.

Sementara itu, tertuduh turut membuat pengakuan sama ke atas satu lagi pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis heroin ke dalam badan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda kira-kira pukul 3.30 pagi, hari sama.

Bagi pertuduhan itu, mahkamah menetapkan 14 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI