fbpx

Banjir gelombang kedua mula landa Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk menolak motosikal mereka yang ditenggelami banjir di PPSK Felda Gunung Menerong, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Gelombang kedua banjir melanda negeri ini dengan Hulu Terengganu menjadi daerah pertama terjejas ekoran hujan lebat berterusan lebih dua hari sejak Selasa lalu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu berkata, setakat ini, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong di sini.

“PPS itu mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi tadi (semalam) dan setakat ini, seramai 85 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula menunjukkan kebanyakan stesen bacaan paras air sungai di negeri ini menunjukkan trend menaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI